Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



8 Februari 2010

everything it's over

hmmm...last weekend...keluar ke bandar sunway...nk cari novel n shoping kasut y telah haus...keluar dari jam 3 pm hingga 10 pm....hari dalam sejarah...aku berlegar2 di sunway yang memang tk da apa bagi aku...sebelum ini...aku ckp liat nk ke mana2...aku lebih suka memerapkan kt umah...mengadap laptop sambil menyiapkan kerja2 aku yang banyak tertangguh.....namun pada hari itu....aku hanya membeli 2 buah novel, sepasang kasut, seluar traksuit, makan KFC...tp aku menghabiskan masa yang begitu lama di bandar sunway...

3 Februari 2010

rimbawang


Dia kembali setelah lama berada jauh dimata...namun seketika cuma...tp tk mengapalah...asalkan dia pulang sudah cukup bgiku....untuk menatap wajahnya...pertengahan Febuari ini dia akan ke sana smula....yang mampuku lakukan adalah berdoa sahaja supaya dia dapat menjalankan kerja nya dengan sempurna...seperti hari2 biasa dia akan cuba menghubungi ku di celah2 kesibukan dia...dan seperti biasa juga...tiada persoalan lain yang diutarakan...dan aku seperti hari2 lain juga...memberi jawapan yang sama...marahkah dia...setiap persoalannya dijawab dengan jawapan yang sama....namun dia sentiasa bersabar dengan kerenahku...setia melayan ku yang kadang2 agak keterlaluan...

"Mana magic words?"dia menyoalku dilewat perbualan kami malam itu. Serentak itu juga, aku ketawa. Aku mendengar dia melepaskan nafas panjangnya. Marahkah dia?
"Yang mana?", soal aku pula dengan senyuman dan berpura-pura naif.
"Sampai bila?"
"Belum masanya lagi", jawab aku.
"Sampai bila?", dia bertanya semula. Aku terdiam. Sesungguhnya aku tiada jawapan pada persoalan dia. "Kenapa diam? Susah sangatkah permintaan abang ni? Keterlaluankah?" Dia mula mengeraskan suaranya. Aku hanya tenang mendengarnya.
"Boleh singgah rumah? This weekend ni? Zie balik time tu. Boleh?" Aku cuba meraih simpatinya bagi mengalih persoalan dia.
"Ada apa kat rumah? Next time boleh? Besok abang ada meeting kat KL. Lusa abang akan terus ke Singapore. Tiket flight dah pun beli."
"Hmmm....tak mengapalah bang. Zie tak memaksa dan tak menggesa. Buat la yang mana penting dulu. Lagi pun itu kan kerja abang". Aku mendengar dia mengeluh. Namun aku berpura-pura tidak mengerti. Membiarkan dia di talian sana terdiam.
"Merajuk?"Dia menanyakan aku.
"Mana ada?"
"Merajuk la tu?"
"Buang karan ja".
"Betul ni?"
"Betul apa?"
"La...."
"Apa?"
"Betul tak merajuk ni?"
"Tak".
"Ok la. Abang tak boleh lama-lama ni. Malam ni abang drive sorang-sorang ke KL. Jumpa selepas raya Cina yea sayang. Apa-apa pun, abang minta maaf pasal this weekend. Sorry sayang. Abang busy sesangat".
"Tak pa. Dah biasa pun. Take care" Aku terus menamatkan perbualan pada malam yang semakin sunyi ni. Lalu seperti biasa aku akan menghantar mesej ke telefon dia sebelum melelapkan mata.

Zie syg abg. Spt mana Zie pernah syg org itu, sorry abg.
Gud nite. Take care. Love u.



K.

15 minit kemudian dia menjawab mesejku dengan hanya satu perkataan sahaja. Namun aku tetap gembira kerana dia masih sudi membalas mesejku. Kerana aku tahu, kalau dia marah, dia akan mengabaikan mesejku. Lalu aku amat berterima kasih pada Dia yang mendengar permintaan ku...


Doa aku semoga dia sihat dan ceria. Walau cuaca disini hujan dan cuaca di sana panas. Maafkan aku yang sentiasa membuat jiwa mu luka dan terkilan. Namun, jauh di sudut hati, kau masih bertahta di hatiku selamanya.