Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



17 Jun 2010

kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


kenapa harus ditangisi sebuah perpisahan walau ku tahu jodoh pertemuan, ajal maut itu ditangan DIA yang menentukan....setelah hampir 2 tahun menyulam benih2 cinta.....namun akhirnya layu jua....walau sudah ku siram dengan segala jenis kerinduan....kita hanya merancang....tuhan yang menentukan.......seperti yang kita telan jalin dari awal perkenalan dulu....kita lebih serasi sebagai sahabat bukan kekasih....namun kau tetap teristimewa di hatiku....doa aku sentiasa bersama dengan orang2 tersayang tak akan pernah putus.....andai sudah bertemu dengan suri baru.....beritakan lah kepada aku tentang bahagia ini...aku sentiasa mendoakan yang baik2 sahaja....terima kasih kerana pernah mewarnakan duniaku walau hanya sementara....