Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



25 Mac 2012

Kisah Suka & Duka



Selamat hari lahir yang ke 27 kepada dia yang pernah bertahta di hati ku...semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki olehNya dan sentiasa di bawah rahmatNya...hampir 4 bulan aku kehilangan diri mu, namun di hari bahagia ini aku ingin mengucapkan selamat hari lahir....tetapi aku tak terdaya untuk mengucapkan di alam nyata bila aku tahu kau kehilangan bonda tersayang di hari lahirmu...semoga kau tabah menghadapi dugaan Allah ini kerana sesunggguhnya Allah swt lebih menyanyangi bondamu.....doakan bondamu semoga bondamu tenang di sana...aku terkilan kerana aku tidak sempat mengenali bondamu dengan lebih dekat...al-fatihah




20 Mac 2012

Hujan

Haluan sunyi
Botol kosong
Lantai berselerakan
Debu2 beterbangan
Senyum sinis bersama duka
Dentingan jam kedengaran
Diiringi titisan hujan
Mengerti gelora hati
Mengerti tangisan jiwa
Mengerti kegusaran minda
Tersadai di jendela
Merenung tangisan alam
Disebalik kehijauan
Batu bata yang dinamakan pembangunan


Runsing

Kul 10 am gerak ke Jabatan Pertanian Relau...jumpa En Rahim...setelkan pembayaran pokok stevia...RM500...Terus gerak ke Kampung Permatang Pasir, rumah En Ali....setelkan agihan benih2 anak pokok kepada penduduk di Kampung Titi Teras, Pondok Upeh dan Kampung Genting.....Alhamdulillah... semuanya telah sempurna dijalankan mengikut amanah walau ada juga yang demand macam2...biasa lah lumrah manusia...hehehe...singgah solat di Kampung Paya Simpang 4....lunch di Kedai Masakan Melayu Simpang 4....Kul 4.15 semuanya setel...gerak balik ke ofis...minta Daniel n Nazri antar balik ker Seberang Jaya....dapat mesej dari dia...terus tk da mood...balik umah masak Ayam Kicap...tk menjadi sbb hati tgh marah2..huhuhu...masak lauk...malas masak nasi...nk makan apa nie....hati masih runsing

19 Mac 2012

Tenggelam...tenggelam..tenggelam...timbul


Betapa lamanya aku tinggalkan halaman ini menjadi semak...bukan tak sudi untuk meluah apa2...cuma hati ku terlalu duka untuk mencatatkan kisah hidupku...semuanya bermula bila dia tiba2 sering mengelak dariku....smpai satu saat dan ketika aku menemui jawapan itu...kau bukan lagi idaman hatiku bila kebenaran telah terbukti...lalu aku putuskan semuanya perlu berakhir di sini walau kau muncul untuk menyata kekesalan...tp...maaf..aku bukan seorang pemaaf yang baik bila kebenaran terbukti di depan mataku...segalanya telah berakhir...

Namun kini aku muncul lg dengan yang lain...dan aku harap dia adalah yang terakhir dalam hidupku...hari2 aku lalui dengan merinduinya...biar jauh di mata namun ku percaya dia akan tetap setia....namun jika sebaliknya...aku redha dan terima ketentuan ini dariMu Ya Allah...mungkin dia bukan jodohku...

Walau minggu ni aku terlalu busy dengan kerja2ku hingga kekadang aku melupakan mu...namun...bila tiba malam...aku tetap akan merinduimu...

* Jiwang2 nie...layan lagu Hattan sat...CINTA PERTAMA...walau dia bukan cinta pertama namun ku harap dia adalah yang terakhir

27 November 2011

Kerja

bermula dari selepas hari raya haji..aku kerja tanpa henti....Sabtu Ahad pn kerja....until now still at ofis meneruskan kerja2 di saat akhir...beban kerja semakin meningkat....semakin bz dengan conference, survie penduduk, survie PID, kenduri...adoiii...i miss my home....

21 Oktober 2011

Utusan Malaysia Online - Utara

Utusan Malaysia Online - Utara


ARKIB : 21/10/2011

USM sumbang peralatan bantuan banjir

PADANG TERAP 20 Okt. - Prihatin dengan masalah banjir yang sering melanda penduduk di kawasan ini terutama ketika musim tengkujuh, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang hari ini tampil menyampaikan sumbangan peralatan bantuan banjir.

Program julung kali dilaksanakan melalui Pusat Kajian Kelestarian Global USM (CGSS-USM) itu adalah sebagai satu inisiatif mengurangkan beban penduduk ketika berhadapan bencana alam itu.

Menurut Pemangku Pengarah CGSS, Prof. Madya Dr. Norizan Md. Nor, program tersebut merupakan kesinambungan daripada hasil penyelidikan pihaknya berkaitan banjir di kawasan berkenaan.

"Penyelidikan ini bermula pada awal April lalu bertujuan mengenal pasti hubungan antara isu dan faktor berkaitan golongan mudah dilanda banjir seterusnya melakukan adaptasi untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir.

"Hasil kajian antaranya mendapati kekurangan alatan bantuan banjir ketika banjir menjadi masalah utama, jadi bukan sekadar membuat kajian dan menyimpan data tersebut dalam rekod hari ini kami tampil menghulurkan bantuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan Bantuan Banjir CGSS-USM di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah CGSS-USM, Dr. Salfarina Abdul Gapor dan Pegawai Daerah Padang Terap, Mohd. Helmi Haron.

Antara peralatan yang disumbang ialah lapan unit bot bersama enjin yang dilengkapi lapan helai jaket keselamatan, jet wash (lapan buah), set janakuasa (lapan buah), kelengkapan dapur (empat buah) dan khemah (tiga unit).

Menurut Dr. Norizan, USM membelanjakan sebanyak RM300,000 untuk melaksanakan kajian tersebut di bawah program Pendekatan Bersepadu Pembangunan Mapan Bandar-Luar Bandar oleh CGSS-USM yang diharapkan dapat memanfaatkan penduduk setempat.

"USM berharap dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir yang memerlukan.

"Dengan ini USM dapat mengembangkan misi dan visinya bukan sekadar gedung ilmu malah satu institusi yang melahirkan graduan ke arah kelestarian terhadap masyarakat," katanya.

Dalam pada itu Salfarina yang juga Ketua Penyelidik CGSS-USM berkata, kawasan ini menjadi pilihan berdasarkan faktor lokasinya di kawasan pendalaman selain masalah banjir yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

"Tumpuan kajian termasuk mengumpul pangkalan data berkaitan banjir selain mengenal pasti kawasan yang mudah dilanda banjir. Selain itu kita turut melaksanakan program pembinaan keupayaan.

"Ia bertujuan mengurangkan kesengsaraan mangsa kerana hasil kajian juga mendapati banyak mangsa tidak mempunyai persediaan untuk berhadapan masalah ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm

mStar Online : USM Jalankan Penyelidikan Keupayaan Penduduk Hadapi Banjir

mStar Online : USM Jalankan Penyelidikan Keupayaan Penduduk Hadapi Banjir


KUALA NERANG: Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM) sedang menjalankan projek penyelidikan mengenai keupayaan penduduk dalam menghadapi bencana banjir di daerah Padang Terap, Kedah.

Pemangku Pengarah CGSS Prof Madya Dr Norizan Md Nor berkata projek itu dilakukan oleh tujuh penyelidik universiti itu dengan dibantu oleh 40 pegawai dan penolong penyelidik.

Katanya, kajian bermula April lepas dan dijangka siap Mac tahun depan bertujuan mengenal pasti hubungan antara isu dan faktor berkaitan golongan rentan banjir dan adaptasi yang dilakukan serta melaksanakan program pembinaan keupayaan dalam kalangan mangsa banjir untuk mengurangkan kesengsaraan dan ketidakselesaan akibat banjir.

"Sepanjang kajian dijalankan, kekurangan alatan bantuan banjir adalah masalah utama, jadi disebabkan itulah kita memberi sedikit peralatan menghadapi banjir bagi memudahkan pergerakan mangsa banjir kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan barangan dan peralatan banjir bernilai RM57,000 oleh CGSS kepada Pejabat Daerah Padang Terap di sini, Khamis.

Peralatan terbabit ialah lapan buah bot berserta enjin, lapan jaket keselamatan, lapan generator dan empat set peralatan memasak iaitu periuk dan dapur dan tiga buah khemah. Dr Norizan berkata, selain menyediakan penduduk bagaimana untuk menghadapi banjir, projek ini juga membabitkan kaunseling kepada mangsa banjir serta latihan menyelamat dan mengendalikan bot yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah.

Pegawai Daerah Padang Terap Mohd Helmi Harun berkata semasa banjir tahun lepas, sebanyak 3,393 mangsa banjir melibatkan 1,015 keluarga di daerah itu dipindahkan ke 29 pusat pemindahan.

"Dengan bantuan yang diberikan oleh USM, kita harap ia dapat membantu kita dalam menghadapi bencana banjir kelak," katanya.- BERNAMA


http://www.mstar.com.my/cerita.asp?file=%2F2011%2F10%2F20%2Fmstar_kampus%2F20111020190710&sec=mstar_kampus

13 Oktober 2011

i'm in love


I'm in love with U
And when I love U
I love unconditionally
That means that more matter what happens
Or how much U hurt me
Or how much shit we go through
That I will always stay true to U

You're the only one that matters
I LOVE U

And that will never change




Hati

Benarkah kata orang bila aku masih merindui dia, bermakna aku tidak cintakan org itu ? Yang pasti aku masih merindui dia, namun orang itu tetap aku cintai walau kadang2 aku seakan membuang masa ku menunggu orang itu. Ikhlas kah orang itu terhadap aku sebagaimana dia yang ikhlas terhadap aku ? Kadang2 persoalan ini bermain2 di fikiranku lalu aku buntu untuk membuat keputusan. Orang tua2 kata....dengarlah bisikan hati, pasti keputusan yang dibuat adalah tepat. Namun hatiku berbisik, "pilihlah dia kerana dia adalah cinta pertamamu". Namun akal ku pula adalah sebaliknya, "Jangan pilih dia kerana dia adalah milik orang, dan berdosa meruntuhkan masjid, namun pilihlah org itu kerana dia bukan milik sesiapa walau kadang2 kamu selalu disakiti kerana dia masih muda".

Namun, sejak kebelakangan ini, dalam mimpiku, solatku selalu hadir bayangnya, adakah dia yang sepatutnya aku pilih walau aku tahu, pilihan aku pastinya akan diiringi tangisan. Kenapa bayang orang itu tidak hadir di saat ini ? Adakah kerana dia adalah cinta pertamaku dan orang itu bukan cinta pertamaku ? Seorang sahabat pernah menitipkan pesan buat aku, "pilihlah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai". Namun persoalanya, kedua2nya aku cintai dan kedua2nya mencintaiku. Lalu bagaimana aku harus membuat keputusan ? Seorang cendikiawan pernah berkata, "kalau kamu sukar membuat keputusan dalam pilihan hidup itu bermakna kedua2nya bukan jodohmu, sebaliknya jodoh ditetapkan dengan orang lain yang belum kamu ketemui".

Lalu, dimanakah orang lain itu yang sepatutnya aku temui untuk melupakan dia dan orang itu. Aduhai hati, bolehkah kamu yang membuat keputusan bagi pihak aku untuk berdepan dengan dia dan orang itu agar tiada hati yang terluka walau hakikatnya hatiku telah parah......

8 Oktober 2011

Sabtu

Sabtu yang indah dalam hidupku..teman dia makan...teman dia membeli barang...jalan2 ngan dia...indah hati di saat ini...walau hanya sekejap bersama dia...namun aku bahagia...