Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



21 Julai 2010

@ kampung

masih dalam mood kampung....tk tersa nk balik penang lagi...rasa cam nak cuti sebulan ja...dok kt kampung....aduh...betapa indahnya suasana di kampung

17 Jun 2010

kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


kenapa harus ditangisi sebuah perpisahan walau ku tahu jodoh pertemuan, ajal maut itu ditangan DIA yang menentukan....setelah hampir 2 tahun menyulam benih2 cinta.....namun akhirnya layu jua....walau sudah ku siram dengan segala jenis kerinduan....kita hanya merancang....tuhan yang menentukan.......seperti yang kita telan jalin dari awal perkenalan dulu....kita lebih serasi sebagai sahabat bukan kekasih....namun kau tetap teristimewa di hatiku....doa aku sentiasa bersama dengan orang2 tersayang tak akan pernah putus.....andai sudah bertemu dengan suri baru.....beritakan lah kepada aku tentang bahagia ini...aku sentiasa mendoakan yang baik2 sahaja....terima kasih kerana pernah mewarnakan duniaku walau hanya sementara....

9 Jun 2010

SPSS

hmmm.....rasanya dh hampir sebulan aku bergelumang dengan SPSS namun tk siap dengan sempurna gak.....tk tau la knapa.....hahahahaha...malas sebenarnya...asyik nk buka fb jer....nk google map jap...nk carik teluk teduri....ohhhhh...di mana kah kawasan teluk teduri ni....

7 Jun 2010

JUNE

4 Jun yang lalu genap la usia aku y ke 29....teman2 mengucapkan selamat datang ari tua.....tk mengapa....umur cuma angka.....namun jiwa aku masih muda....masih belum tinggalkan ultraman, wonderpets, doraemon, dll.....bila usia semakin meningkat...tiada persoalan lain yang ditanya ...."Bila nk kawen?".....aku bosan dengan persoalan itu...jawapan aku "Belum sampai seru"...boleh kah begitu.....??? itu la jawapan aku bila ditanya...bila usia aku telah menempuh angka 25....aku tidak lagi memikirkan urusan ini....aku terus menumpukan kepada hidup aku.....bertekad nak memajukan diri dalam pendidikan....membantu meringan beban keluarga.....mengumpul harta untuk keluarga besar aku....urusan kawen aku...dengan sendiri nya telah meninggalkan aku.....namun....bila teman2 mempersoalkan isu ini....aku mula mencongak2 kehidupan di samping lelaki bergelar suami.....aku mula melihat teman2 yang rata2 telah berumahtangga dan mempunyai anak....namun bgku tiada apa2....kadang2 aku melihat dunia mereka penuh ribut....adakah aku juga akan mengalami nasib sebegitu andai ku punya suami....entah lah....bila difikir2 semula....aku bahagia hidup sebegini....tiada yang menyekat langkah kaki ku....aku masih boleh balik ke kampungku bila2 masa sahaja......aku takut lelaki yang bergelar suami nanti tidak memahami aku....dan aku juga tidak memahami dia...entah lah...yang pasti aku bahagia....buat teman2 yang selalu bertanya isu ini....aku tiada jawapan yang relevan untuk dijawab....kerana aku telah menolak tepak sirih yang dihulurkan....


7 Jun adalah hari lahir ayah aku yang ke 57 .....selamat hari lahir ayah....aku lupa nk wish.....hehehhehe...soriii ayah...lupa sesangat....ayah telah wish untuk aku....sehari sebelum birthday aku....namun untuk birthday dia....aku lupa....tapi aku masih sempat wish untuk ayah....namun tiada kek atau hadiah yang dapat aku beli untuk ayah....aku bercadang hujung minggu ni...aku nak balik kampung.....nak beli something yang ayah suka.....mungkin baju or kasut.....entah la.....masih tengah berfikir lagi ni......Happy Birthday Shahari Majid


11 Jun pula adalah hari lahir anak buah aku (org utara kata anak menakan).....baru nak masuk setahun....happy birthday Nurul Iman Saffiya Che Azam....aku tidak terlalu rapat ngan anak buah aku yang sorang ni...entah la....hakikatnya....aku kurang suka budak2 kecil....sebab itu aku kurang rapat n mesra....untuk anak buah aku ni....aku tk tau nk beli apa....dalam fikiran aku.....nak beli baju raya ja....nak beli kaler ijau ja.....hehehehe...sebab aku suka ijau....tp aku tk tau saiz badan dia plak....beli baju untuk aku....aku reti la....untuk budak2 aku tk reti....tk pa....nanti aku minta bantuan adik aku....apa punya mak menakan daaaaa......


pas tu....nantikan birthday adik aku yang bongsu and yang ke 5 plak....bulai Julai nanti....takut lupa nak wish plak nanti.....aku memang cam tu....sekarang ingat la....by that time....aku lupa la....


tmiey~~~~

happy birthday Zuziirmayanti Shahari
happy birthday Shahari Majid
happy birthday Nurul Iman Saffiya Che Azam

SEPI

tiba2 dunia yang selalunya hingar bingar....bagaikan dilanda garuda....aku perasan smua ni...semuanya bermula dari awal tahun lagi...namun ku abaikan...kerana bgku.....TIDAK MUNGKIN...namun selepas tarikh keramat itu .....4 JUN 2010 (Jumaat) ....andaian itu menjadi REALITI....namun bagaimana dapat kubantu....kerana aku hanya insan biasa dan dtg dari kelompok yang biasa...lalu ku pendam semua ini....namun aku menjadi TIDAK SAMPAI HATI......aku cepat merasa kesian...kerana dia orang yang terlalu rapat dengan ku....lalu bagaimana dapat KU BANTU.....aku merencana pelbagai agenda untuk membantu....namun akhirnya menemui KESUKARAN...kerana aku orang luar....aku mengambil keputusan untuk bergerak sendiri....namun aku takut untuk MELANGKAH.....takut dikatakan aku KECIL HATI.....TIDAK.....aku bukan berkecil hati....namun cuba mencari jalan penyelesaian.....agar KEBAHAGIAAN itu.....datang semula dalam hidupmu....aku harus BERSABAR.....kerana bahagia itu ada....cuma bukan dengan ku.....tapi dengan DIA.....ahhhhhh...inilah rencah dunia.....yang harus kuhadapi.....tapi.....SANGGUPKAH AKU...????? jangan menolak ketentuan TAKDIR

10 Mac 2010

rajuk @ marah @ benci

Setelah lama menghilangkan diri dengan kerja2 y semakin menimbun.....aku dan dia muncul smula walau hanya seketika....namun...kemunculan ini telah disalahgunakan....aku dan dia tk menghargai peluang yang sekejap ini....lalu berlakulah bunga2 pertengkaran.....yang akhirnya....aku dan dia membawa haluan masing2.....dia ke selatan....aku ke utara.....dia dengan langkah rajuknya....aku dengan langkah marahku.....lalu....apabila sampai di destinasi....timbul kebencian di hati.....lalu....pada siapa harus aku aku mengadu.....aku kembali menjadi perindu.....rindu pada "Dunia Kecilku Bermula Di sini"......namun.....masih ada ruang lagikah utk aku berkarya....setelah hampir bertahun aku membunuhnya.....

Dia merajuk atas alasan yang tk relevan pada pandangan mataku......dia siapa dalam hidup aku...cuma sekadar teman....yang belum pasti lagi hala tuju kami....lalu...pentingkah dia dalam hidup aku....dia bukan org penting dalam hidup ku.....dia cuma teman yang aku cari.....bila aku kesepian.....namun.....dia bukan persinggahan aku.....dia masih istimewa di hatiku....namun....my family masih yang paling istimewa.....lalu....aku harus merujuk kepada mereka terlebih dahulu sebelum dia.....lalu.....bukan salah aku....menidak kehadiran dia....namun....aku menghargai jasa2 dia.....untuk dia....jangan selalu merajuk dengan aku.....kerana aku bukan penyabar orangnya...kerana....aku takut di satu masa nanti.....kita...akan benar2 kehilangan....bila aku sudah kehilangan.....aku akan kekal seperti dahulu.....kerana bagi diriku.....tiada kali kedua....walau kesilapan itu.....bermula dari aku.....

maaf sayang......aku marah bukan kerana membenci.....aku marah kerana aku gagal mengawal emosiku.....bila berdepan dengan persoalan demi persoalan....aku perlukan ruang untuk berfikir......ruang untuk menenangkan jiwaku....ruang untuk memperbaiki kelemahan diriku.....kerana aku hanya insan biasa....yang penuh liku......kerana bagi diri ku.....marah tanda sayang.....aku belum layak untuk menjawab persoalan itu.....tunggulah sehingga aku benar2 bersedia.....akan aku jawab semua persoalan yang terhutang dengan dia.....sejak sekian lama....bolehkah dia bersabar.....kalau kesabaran dia......hanya setakat ini sahaja....aku terima dengan rela....sesungguhnya.....Dia yang lebih mengerti....perjalanan hidup ku....

Namun....tiada kebencian dalam hati aku...andai ditakdirkan kita bukan dihaluan yang sama....aku terima segalanya dengan tenang....seperti mana aku telah lalui dulu....dan....kalau dia menyimpan benci pada diri ini....aku tetap terima seadanya.....kerana aku.....bukan manusia sempurna.....aku tetap aku.....dan....kau tetap kau.....dan...dia tetap dia.....doaku sentiasa mengiringi langkah2 org yang aku sayang......termasuk dia.....

8 Februari 2010

everything it's over

hmmm...last weekend...keluar ke bandar sunway...nk cari novel n shoping kasut y telah haus...keluar dari jam 3 pm hingga 10 pm....hari dalam sejarah...aku berlegar2 di sunway yang memang tk da apa bagi aku...sebelum ini...aku ckp liat nk ke mana2...aku lebih suka memerapkan kt umah...mengadap laptop sambil menyiapkan kerja2 aku yang banyak tertangguh.....namun pada hari itu....aku hanya membeli 2 buah novel, sepasang kasut, seluar traksuit, makan KFC...tp aku menghabiskan masa yang begitu lama di bandar sunway...

3 Februari 2010

rimbawang


Dia kembali setelah lama berada jauh dimata...namun seketika cuma...tp tk mengapalah...asalkan dia pulang sudah cukup bgiku....untuk menatap wajahnya...pertengahan Febuari ini dia akan ke sana smula....yang mampuku lakukan adalah berdoa sahaja supaya dia dapat menjalankan kerja nya dengan sempurna...seperti hari2 biasa dia akan cuba menghubungi ku di celah2 kesibukan dia...dan seperti biasa juga...tiada persoalan lain yang diutarakan...dan aku seperti hari2 lain juga...memberi jawapan yang sama...marahkah dia...setiap persoalannya dijawab dengan jawapan yang sama....namun dia sentiasa bersabar dengan kerenahku...setia melayan ku yang kadang2 agak keterlaluan...

"Mana magic words?"dia menyoalku dilewat perbualan kami malam itu. Serentak itu juga, aku ketawa. Aku mendengar dia melepaskan nafas panjangnya. Marahkah dia?
"Yang mana?", soal aku pula dengan senyuman dan berpura-pura naif.
"Sampai bila?"
"Belum masanya lagi", jawab aku.
"Sampai bila?", dia bertanya semula. Aku terdiam. Sesungguhnya aku tiada jawapan pada persoalan dia. "Kenapa diam? Susah sangatkah permintaan abang ni? Keterlaluankah?" Dia mula mengeraskan suaranya. Aku hanya tenang mendengarnya.
"Boleh singgah rumah? This weekend ni? Zie balik time tu. Boleh?" Aku cuba meraih simpatinya bagi mengalih persoalan dia.
"Ada apa kat rumah? Next time boleh? Besok abang ada meeting kat KL. Lusa abang akan terus ke Singapore. Tiket flight dah pun beli."
"Hmmm....tak mengapalah bang. Zie tak memaksa dan tak menggesa. Buat la yang mana penting dulu. Lagi pun itu kan kerja abang". Aku mendengar dia mengeluh. Namun aku berpura-pura tidak mengerti. Membiarkan dia di talian sana terdiam.
"Merajuk?"Dia menanyakan aku.
"Mana ada?"
"Merajuk la tu?"
"Buang karan ja".
"Betul ni?"
"Betul apa?"
"La...."
"Apa?"
"Betul tak merajuk ni?"
"Tak".
"Ok la. Abang tak boleh lama-lama ni. Malam ni abang drive sorang-sorang ke KL. Jumpa selepas raya Cina yea sayang. Apa-apa pun, abang minta maaf pasal this weekend. Sorry sayang. Abang busy sesangat".
"Tak pa. Dah biasa pun. Take care" Aku terus menamatkan perbualan pada malam yang semakin sunyi ni. Lalu seperti biasa aku akan menghantar mesej ke telefon dia sebelum melelapkan mata.

Zie syg abg. Spt mana Zie pernah syg org itu, sorry abg.
Gud nite. Take care. Love u.



K.

15 minit kemudian dia menjawab mesejku dengan hanya satu perkataan sahaja. Namun aku tetap gembira kerana dia masih sudi membalas mesejku. Kerana aku tahu, kalau dia marah, dia akan mengabaikan mesejku. Lalu aku amat berterima kasih pada Dia yang mendengar permintaan ku...


Doa aku semoga dia sihat dan ceria. Walau cuaca disini hujan dan cuaca di sana panas. Maafkan aku yang sentiasa membuat jiwa mu luka dan terkilan. Namun, jauh di sudut hati, kau masih bertahta di hatiku selamanya.

24 Januari 2010

dia bukan sahabat y ku cari

knapa kegembiraan ku pada ari sabtu diragut pada ari ahad....??aku sedih dengan perkhabaran ini....knapa aku yang menjadi orang terakhir yang tau....adakah di sebabkan dia adalah sahabat ku....smua org mendiamkan crita ini....walau sahabat baik sekali pn...aku perlu tau akan crita ni.....agar dapat ku cari diri ini dalam diri dia....suatu perkhabaran y amat menyakitkan hatiku....aku tk dapat trima kenyataan ini....kerana dia adalah sahabat ku....perlu kah aku buang jauh2 dirinya....kemudian aku kutip smula....atau aku buang tanpa meninggalkan jejak.....aku perlukan jawapan pada setiap persoalan yang ku lontarkan....


lupakah dia pada kenangan y lalu...lupakan dia pada janji2 dahulu...lupakah dia pada diri ku...lupakah dia pada diri dia y sebenar.....bolehkah aku undur kembali waktu2 dulu....agar smua ni aku tk lalui....aku bukan setabah sesiapa.....aku hanya insan biasa.....ada jiwa dan perasaan.....aku tk salahkan sesiapa.....cuma aku kecewa dengan sikap dia.....inikah sahabat y aku kagum suatu masa dulu...walau ku tahu siapa diri dia....inikah sahabat y mengucapkan kata2 semangat suatu masa dulu....walau ku tahu dia pernah rebah......inikah sahabat y ku kenal suatu masa dulu.....walau ku tahu masa akan merubah dia.....knapa aku boleh menganggap dia sahabat....walau ku tahu dia tidak layak untuk gelaran itu....lalu ku buang diri dia jauh2.....buatmu yang pernah bergelar sahabat......aku seorang pendengar......BUKAN pemaaf.....BUKAN pendendam....



namun kedukaan ku sedikit terubat dengan pertemuan sahabat lama yang ku cari2 selama ini...terpisah hampir 2 thun.....akhirnya dia menghubungi ku mlm ni....sdh lama aku terputus hubungan dengan dia...dan pada malam ini....kerinduan aku pada dia terubat....sedikit sebanyak....kesedihan aku terubat.....tidak sabar aku mahu berjumpa dia.....tggu aku tau....ingat lagi kisah2 kita dulu......aku slalu berharap....agar suatu masa nnti....masa akan berundur......tapi mustahil kan.....aku rindu saat2 itu.....miss u...miss every moment....pada dia....kau bukan sahabat yang ku cari.....


18 Januari 2010

kawen


sebut pasal kawen....bulan 2 n 3 ni....cuti Tahun Baru Cina n cuti sekolah....smua pasangan nk kawen....sepupu aku pn nk kawen bulan 3 ni...best kenduri kawen kt kg2 ni...smua aktiviti dilakukan secara gotong royong...dari sebelum kenduri hingga lepas kenduri....smuanya berpakat n bekerjasama....di sini la...semangat kejiranan akan terjalin...sanak saudara akan bertemu...walau di ceruk mana mereka menghuni...smuanya akan berkumpul pada hari y gembira n meriah ni...

cerita kali ni....pasal sepupu aku y nk kawen ni....depa y nk kawen...aku y penat...sebabnya...aku tk suka shopping...apatah lagi seharian suntuk tercongok kt pusat membeli belah...aku terpaksa ikut depa...pilih barang2 untuk kenduri nnti.....dari barang keperluan pengantin hingga ke acara majllis.....penatnya usah dikira la.....dua hari berturut2 tenaga aku dikerah....dah la panas....kering tekak aku...kaki pn sakit2....lenguh sana sini...maklum la dh tua.....sakit2 smua....

hari sabtu....teman dia survey barang2 kenduri....aku dh lenguh gila....ari ahad teman dia beli barang....satu bdn dh sakit2....next week nk kena teman g.....aduiiiiii...penat lagi la aku ni.....

16 Januari 2010

Liga Super


Tiada hati nk menulis......cuma nk taip....KFC kalah ngan JFC...0-1.....hampa hatiku...kalah tipis...bagaimana nasib pasukan aku ni...asyik kalah jer....dh ler LFC pn asyik kalah ja....nk kena guna bomoh ka....jampi ckit...baru nk menang kot.....uitsss...jangan percaya pada bomoh.....usaha kena berterusan.....mungkin malam ni KFC tidak bernasib baik....tiada LUCK......hmmmm....apa2 pn.....KFC...mmg ttp pemenang di hatiku.....JUARA dihatiku selamanya...begitu juga ngan LFC ku.....ttp juara dihatiku....walau ramai y gembira dengan kejatuhan pasukan2 ini.....

14 Januari 2010

kekasih gelapku...

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ooh..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

13 Januari 2010

China

setelah lama dia pergi....dia akan kembali penghujung Januari ini....akan ada brita baik atau buruk darinya....harap2...brita baik yang akan kuterima sekembalinya dia ke Malaysia...menanti penghujung Januari...membuatkan aku tidak sabar....membuatkan aku ternanti2...slamat kembali buat dia yang aku tunggu...

esok...akan bermula hiking aku ngan staf kt ofis kt Bukit Jambul.....harap kali ni...bleh naik smpai ke puncaknya....tp....tk sure lagi bleh hiking atau tk sok ptg....kena tggu kesihatan boss kembali sihat dulu...baru bleh naik...kalau boss tk pi...aku pn tk p la....harap2....boss sihat sok....bleh la aku menebus kekecewaan ku last week...kerana tk dpt naik ke puncak....separuh pn aku tk smpai...suku perjalanan ja aku smpai...itu pn dh semput gilerrr....hampir2 pitam....harap kali ni bleh la aku naik....aku ingin aktiviti ni menjadi rutin...supaya badan nnti sentiasa sihat...dan segar hendaknya....

12 Januari 2010

Dia...

lamanya dia menghilang...hampir 3 bulan....ke mana dia pergi..??..kenapa dia hilang tanpa pesan...di saat begini...aku amat memerlukan dia...menghiburkan hati ku yang kembali kesunyian...jgn tinggalkan aku lama2...nnti aku akan terus melupakan mu...ada cerita yang aku nk kongsi dgn mu...tragedi Ramadhan baru2 ini...W kembali smula setelah di jemputnya...menjadikan malam ku terus diselubungi ketakutan...hakikatnya...aku merindui kelibat dia....gerak geri dia...diri dia....smua yang ada pada dia...aku rindu....aku perlukan dia...untuk meluahkan kegusaran hatiku...kepada dia....bolehkah kembali smula dalam hidupku....walau seketika cuma.....untuk di saat ini sahaja....

10 Januari 2010

dunia kecil

setelah lama menghilang...akhirnya muncul plak...tk ada crita best y nk taip kt sini...