Anggerik Hijau


Heart

Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers

26 September 2011

Kenali Wanita



ü Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati

ü Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

ü Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang, sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

ü Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walau ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

ü Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cepat cair seperti coklat

ü Wanita memang sukakan pujian tetapi tidak selalu tahu untuk menerima pujian itu

ü Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati, tolak cinta dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita itu yang kamu tidak tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

ü Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri dari kamu selepas cintanya ditolak, biarkan dia jauh namun jika kamu masih ingin mengaggap dia sebagai orang kawan tegurlah dia secara perlahan-lahan

ü Wanita suka meluahkan apa yang dia rasa terutamanya melalui puisi, muzik, lukisan dan penulisan

ü Jangan sesekali mengatakan mereka langsung tidak berguna

ü Jangan terlalu bersikap serius dalam perhubungan kerana boleh mematikan mood wanita

ü Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam member respond positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si wanita akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit, semua rakan-rakan akan tahu berita ini

ü Sekumtun senyuman member 1000 erti bagi wanita, jadi jangan senyum sebarangan

ü Jika seorang wanita sering member 1000 alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab memang tidak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu. Teruskan berusaha untuk memikatnya

ü Jangan sesekali mengagak apa yang dia rasakan. Tanya dia sendiri

ü Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal

ü Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikiranya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya

ü Satu ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup untuk menceriakan harinya

ü Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik

ü Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

ü Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka dengan sepenuh hati

ü Senjata wanita adalah air mata

ü Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi mengadakan surprise

ü Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya

ü Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati



21 September 2011

Ingatan untuk aku dan dia


"Tidak perlu bersentuhan tangan, kerana mereka sudah
bersentuhan hati....tidak perlu berbalas kerlingan mata
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa"



Sejauh mana pun jarak
Selama mana pun tak berjumpa
Tetapi sebenarnya kita melihat langit yang sama
Merasakan sinar mentari yang sama
Oleh itu sebenarnya kita tak pernah berjauhan

17 September 2011

Doa Putus Cinta

Berdoalah kepada Dia apabila putus cinta. Hanya Dia yang boleh mengubat kekecewaan hati



Amin

15 September 2011

Love U Always


Cinta itu sukar dan susah

Namun ingat lah ada seseorang

Mencintaimu setulus hatinya

Dan orang itu adalah Aku



p/s ~~~ love u so much

Antara Aku dan Dia

Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan...

12 September 2011

TeKaD

hati tekad nk jauh dr sini, resume dah siap utk di hantar kepada agensi2 yang telah aku decide. Rasanya aku tak perlu lagi menoleh ke belakang, biarlah gaji kecik asalkan aku bahagia dengan cara aku. Aku perlu jauh dari segala kebuntuan yang di sini. Alhamdulillah, sebaik sahaja berakhir bengkel Pembangunan Balik Pulau Sebagai Perkampungan Lestari, aku mendapat semangat untuk menjauhkan diri, apatah lagi ofismate terbaik ku telah mendapat hint yang baik utk meninggalkan aku di sini. Aku juga perlu pergi dari sini, di sini bukan tempat aku. Ya Allah, bantu lah hambamu yang lemah ini untuk keluar dari sini.