Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



13 Oktober 2011

Hati

Benarkah kata orang bila aku masih merindui dia, bermakna aku tidak cintakan org itu ? Yang pasti aku masih merindui dia, namun orang itu tetap aku cintai walau kadang2 aku seakan membuang masa ku menunggu orang itu. Ikhlas kah orang itu terhadap aku sebagaimana dia yang ikhlas terhadap aku ? Kadang2 persoalan ini bermain2 di fikiranku lalu aku buntu untuk membuat keputusan. Orang tua2 kata....dengarlah bisikan hati, pasti keputusan yang dibuat adalah tepat. Namun hatiku berbisik, "pilihlah dia kerana dia adalah cinta pertamamu". Namun akal ku pula adalah sebaliknya, "Jangan pilih dia kerana dia adalah milik orang, dan berdosa meruntuhkan masjid, namun pilihlah org itu kerana dia bukan milik sesiapa walau kadang2 kamu selalu disakiti kerana dia masih muda".

Namun, sejak kebelakangan ini, dalam mimpiku, solatku selalu hadir bayangnya, adakah dia yang sepatutnya aku pilih walau aku tahu, pilihan aku pastinya akan diiringi tangisan. Kenapa bayang orang itu tidak hadir di saat ini ? Adakah kerana dia adalah cinta pertamaku dan orang itu bukan cinta pertamaku ? Seorang sahabat pernah menitipkan pesan buat aku, "pilihlah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai". Namun persoalanya, kedua2nya aku cintai dan kedua2nya mencintaiku. Lalu bagaimana aku harus membuat keputusan ? Seorang cendikiawan pernah berkata, "kalau kamu sukar membuat keputusan dalam pilihan hidup itu bermakna kedua2nya bukan jodohmu, sebaliknya jodoh ditetapkan dengan orang lain yang belum kamu ketemui".

Lalu, dimanakah orang lain itu yang sepatutnya aku temui untuk melupakan dia dan orang itu. Aduhai hati, bolehkah kamu yang membuat keputusan bagi pihak aku untuk berdepan dengan dia dan orang itu agar tiada hati yang terluka walau hakikatnya hatiku telah parah......