Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



12 Januari 2011

Vit's

Banyak kenangan yang tercipta di sebalik maggi vit's nie...semuanya bermula ketika aku di Kampung Paya Terendam, Sik...kampung kelahiran ku yang selalu aku rindui...aku membesar dalam serba kekurangan...namun keenakan maggi vits nie amat jarang aku rasai...semuanya di sebabkan oleh kemiskinan keluarga aku...."kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang"...namun....tidak menghalang aku untuk merasakan keenakan nya...satu bungkus maggie di kongsi bersama 4 org kami adik beradik (aku, yan, yien, zira)...kerana abg dan kakak ku telah besar (kak uji, abg haizi, abg won).....berebut2 kami 4 orang....namun tidak kepada kedua abg ku.....mereka akan membeli maggie untuk di masak di di bawah pokok buluh di tepi sungai sambil memancing ikan bersama kawan2......kadang2 aku tumpang 2 kaki pergi memancing bersama (niat utama nk makan maggie free)....indah nya waktu itu....di tepi sungai yang bersih....udara yang nyaman...pemandangan sawah padi yang rimbun menghijau......rindunya aku pada suasana itu.....namun kini....sungai sudah semakin sempit.....sawah telah diganti dengan tanaman mempelam...udara y berdebu.....hhmmmm....


Namun segalanya berubah bila keluarga aku berpindah ke Kampung Paya Mak Insun, Pendang....ekonomi keluarga telah berubah....tidak lagi kais pg mkn pg, kais ptg mkn ptg....aku bersyukur kepada Mu Ya Allah.....atas kenikmatan yang Engkau berikan.....aminnn....aku sudah boleh makan maggie sorang sebungkus...dan kini...telah terdapat pelbagai jenama maggie di pasaran....namun aku tetap suka kan Vit's (Lazat)...ssslllrruuupppppp!!!!!!