Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



21 Oktober 2011

Utusan Malaysia Online - Utara

Utusan Malaysia Online - Utara


ARKIB : 21/10/2011

USM sumbang peralatan bantuan banjir

PADANG TERAP 20 Okt. - Prihatin dengan masalah banjir yang sering melanda penduduk di kawasan ini terutama ketika musim tengkujuh, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang hari ini tampil menyampaikan sumbangan peralatan bantuan banjir.

Program julung kali dilaksanakan melalui Pusat Kajian Kelestarian Global USM (CGSS-USM) itu adalah sebagai satu inisiatif mengurangkan beban penduduk ketika berhadapan bencana alam itu.

Menurut Pemangku Pengarah CGSS, Prof. Madya Dr. Norizan Md. Nor, program tersebut merupakan kesinambungan daripada hasil penyelidikan pihaknya berkaitan banjir di kawasan berkenaan.

"Penyelidikan ini bermula pada awal April lalu bertujuan mengenal pasti hubungan antara isu dan faktor berkaitan golongan mudah dilanda banjir seterusnya melakukan adaptasi untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir.

"Hasil kajian antaranya mendapati kekurangan alatan bantuan banjir ketika banjir menjadi masalah utama, jadi bukan sekadar membuat kajian dan menyimpan data tersebut dalam rekod hari ini kami tampil menghulurkan bantuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan Bantuan Banjir CGSS-USM di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah CGSS-USM, Dr. Salfarina Abdul Gapor dan Pegawai Daerah Padang Terap, Mohd. Helmi Haron.

Antara peralatan yang disumbang ialah lapan unit bot bersama enjin yang dilengkapi lapan helai jaket keselamatan, jet wash (lapan buah), set janakuasa (lapan buah), kelengkapan dapur (empat buah) dan khemah (tiga unit).

Menurut Dr. Norizan, USM membelanjakan sebanyak RM300,000 untuk melaksanakan kajian tersebut di bawah program Pendekatan Bersepadu Pembangunan Mapan Bandar-Luar Bandar oleh CGSS-USM yang diharapkan dapat memanfaatkan penduduk setempat.

"USM berharap dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir yang memerlukan.

"Dengan ini USM dapat mengembangkan misi dan visinya bukan sekadar gedung ilmu malah satu institusi yang melahirkan graduan ke arah kelestarian terhadap masyarakat," katanya.

Dalam pada itu Salfarina yang juga Ketua Penyelidik CGSS-USM berkata, kawasan ini menjadi pilihan berdasarkan faktor lokasinya di kawasan pendalaman selain masalah banjir yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

"Tumpuan kajian termasuk mengumpul pangkalan data berkaitan banjir selain mengenal pasti kawasan yang mudah dilanda banjir. Selain itu kita turut melaksanakan program pembinaan keupayaan.

"Ia bertujuan mengurangkan kesengsaraan mangsa kerana hasil kajian juga mendapati banyak mangsa tidak mempunyai persediaan untuk berhadapan masalah ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm