Anggerik Hijau


Heart


Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers Daisypath Happy Birthday tickers



26 September 2011

Kenali Wanita



ü Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati

ü Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

ü Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang, sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

ü Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walau ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

ü Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cepat cair seperti coklat

ü Wanita memang sukakan pujian tetapi tidak selalu tahu untuk menerima pujian itu

ü Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati, tolak cinta dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita itu yang kamu tidak tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

ü Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri dari kamu selepas cintanya ditolak, biarkan dia jauh namun jika kamu masih ingin mengaggap dia sebagai orang kawan tegurlah dia secara perlahan-lahan

ü Wanita suka meluahkan apa yang dia rasa terutamanya melalui puisi, muzik, lukisan dan penulisan

ü Jangan sesekali mengatakan mereka langsung tidak berguna

ü Jangan terlalu bersikap serius dalam perhubungan kerana boleh mematikan mood wanita

ü Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam member respond positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si wanita akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit, semua rakan-rakan akan tahu berita ini

ü Sekumtun senyuman member 1000 erti bagi wanita, jadi jangan senyum sebarangan

ü Jika seorang wanita sering member 1000 alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab memang tidak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu. Teruskan berusaha untuk memikatnya

ü Jangan sesekali mengagak apa yang dia rasakan. Tanya dia sendiri

ü Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal

ü Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikiranya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya

ü Satu ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup untuk menceriakan harinya

ü Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik

ü Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

ü Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka dengan sepenuh hati

ü Senjata wanita adalah air mata

ü Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi mengadakan surprise

ü Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya

ü Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati



21 September 2011

Ingatan untuk aku dan dia


"Tidak perlu bersentuhan tangan, kerana mereka sudah
bersentuhan hati....tidak perlu berbalas kerlingan mata
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa"



Sejauh mana pun jarak
Selama mana pun tak berjumpa
Tetapi sebenarnya kita melihat langit yang sama
Merasakan sinar mentari yang sama
Oleh itu sebenarnya kita tak pernah berjauhan

17 September 2011

Doa Putus Cinta

Berdoalah kepada Dia apabila putus cinta. Hanya Dia yang boleh mengubat kekecewaan hati



Amin

15 September 2011

Love U Always


Cinta itu sukar dan susah

Namun ingat lah ada seseorang

Mencintaimu setulus hatinya

Dan orang itu adalah Aku



p/s ~~~ love u so much

Antara Aku dan Dia

Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan...

12 September 2011

TeKaD

hati tekad nk jauh dr sini, resume dah siap utk di hantar kepada agensi2 yang telah aku decide. Rasanya aku tak perlu lagi menoleh ke belakang, biarlah gaji kecik asalkan aku bahagia dengan cara aku. Aku perlu jauh dari segala kebuntuan yang di sini. Alhamdulillah, sebaik sahaja berakhir bengkel Pembangunan Balik Pulau Sebagai Perkampungan Lestari, aku mendapat semangat untuk menjauhkan diri, apatah lagi ofismate terbaik ku telah mendapat hint yang baik utk meninggalkan aku di sini. Aku juga perlu pergi dari sini, di sini bukan tempat aku. Ya Allah, bantu lah hambamu yang lemah ini untuk keluar dari sini.


20 Ogos 2011

Rahsia Hati

tak tahu di mana silapnya, aku terbecerita kepada kepada SI tentang apa yang terjadi antara bos dan aku, tidak sengaja bercerita, kalau boleh aku mahu pendam semua kisah duka di hati, biarlah tak siapa yang tahu apa yang kurasa saat berdepan dgn depa smua. Namun segalanya telah terjadi, dan ku harap biarlah semua ini antara aku dan SI shj yang tahu. aku mahu pendam semua ini selagi aku termampu. aku mahu kembali ke tempat asal ku. di sana aku akan damai sedamainya. aku tidak perlu kusutkan pemikiran aku dengan benda2 kecil yang pada hemat aku mmg kecil pn. dan tak perlu dibesarkan. selama 5 bulan aku mampu bertahan kenapa tidak lagi 4 bulan. mampukah aku hadapi kekusutan ini lagi ??? aku rasa aku sudah penat dah sudah tidak berdaya lagi untuk 4 bulan ni.

bukan aku minta ganjaran atau perhatian dari hasil2 kerjaku, tapi pandanglah sekejap kepada hasil kerjaku walau pn sebelah mata. apa guna aku bertukus lumus untuk semua ini kalau tak di hargai. segala usaha penatku rasa begitu sia2...

Tuhan. Bantulah hambamu ini utk kembali ke tempat asalku...aku mahu pergi dari sini.....dan sampai masanya aku akan pergi....namun...aku mahu pergi sekarang....aku buntu lama2 di sini

19 Ogos 2011

Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi



P/S = untuk diri sendiri juga

18 Ogos 2011

Ada Aku Kisah

Entri aku adalah berkenaan dgn ofismate aku yang mmg aku tak suka (benci) sbb suka tunjuk pandai tp tk pandai pun. Ada jer alasan nk ponteng kerja, sakit la, demam, tok sakit la, abg kawen la, tp kalau g jalan2 tk sakit plak.Adoi ada juga manusia cam nie. Pastu ada plak sorang hamba Allah nie yang ikut perangai dia juga. Bajet bagus la. Ada aku kisah hangpa nk lepak mana? Ikut hangpa la nk duk mana pun janji wat kerja, dah la ajak turun fieldwork tk mau ikut. Kalau bos ikut baru nk ikut, nak tunjuk baik depan bos la tue. Tapi aku tak heran pn janji aku makan gaji halal dan tak curi tulang. Ada apa ngan title RO ? baru dapat dapat title tue dah tunjuk berlagak, tak bleh dgr arahan dah!!! cuma kena bg arahan ja, ada plak cam tue?

Lepas tue kalau nk buat apa2 pn ikut angin depa ja, awat dh tak reti nk pegang phone then call ka? kalau nk minta tolong org, pandai plak pgg phone. Ada juga manusia cam nie. Sorii la aku nk berbaik ngan org cam nie, bukan dapat apa pun, janji aku buat kerja aku dgn cara halal. Pasal depa nie lantak la, Ada Aku Kisah?

Ada plak aku kisah pasal tempat kerja ? Aku tak kisah la, ikut hangpa la nk duk tang mana pn, janji jgn kacau aku dah la, aku lagi suka hangpa duk jauh2 senang aku nk wat kerja. Bajet aku heran sangat ngan tempat kerja depa tue, dia pn merempat ja dok c2, sekurang2nya aku duduk ngan selesa kt tempat lama. Aku kalau boleh nk ja minta bos wat meeting kt tempat lama supaya aku tak jejak kaki kt sana, aku sangat stress pergi sana sbb kena menghadap muka hangpa.

Ermmmm leganya hati dapat luahkan apa yang terbuku selama nie di hati aku

14 Ogos 2011

Baju Melayu Hijau Serindit = SYUD


" Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan yang pecah...harus berhati-hati kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau Wardah boleh dapat seutas charm bracelet berbentuk roses......aku pun nak juga seutas charm bracelet berbentuk orchids.....akan adakah rantai tangan impianku ini....kalau pun ada...siapa lah yang bertuah akan membeli untuk aku... namun....walau pun ada seseorang sebaik Firas......aku tidak pernah sanggup untuk menyusahkan dia dengan impian aku yang entah apa-apa...ini hanya impian dongeng ku...